Friday, June 13, 2025

Pertandingan Mencipta Logo Putrajaya Bandar Rendah Karbon

 

JOM SERTAI PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO PUTRAJAYA BANDAR RENDAH KARBON!

Anda ada bakat dalam seni reka bentuk? Mari sertai dan tunjukkan kreativiti anda dalam Pertandingan Mencipta logo Putrajaya Bandar Hijau Rendah Karbon.

Pertandingan ini juga merupakan salah satu inisiatif bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai inisiatif rendah karbon dan kepentingan amalan hijau dalam usaha menangani perubahan iklim.

Rujuk syarat pertandingan untuk keterangan lanjut (https://ppj.my/syaratlogoLCC).

Tempoh pertandingan : 20 Jun - 20 Julai 2025 (11:59pm)

Terbuka kepada : Individu (komuniti dan warga kerja Putrajaya sahaja)

Hadiah wang tunai: Tempat Pertama RM3,000; saguhati RM800 (5x)

Reka logo paling kreatif dan menangi hadiah lumayan berupa wang tunai! Karya anda mungkin akan menjadi logo rasmi logo Putrajaya Bandar Rendah Karbon!

Pertanyaan lanjut:

Unit Bandar Hijau Putrajaya
Seksyen Pembangunan Mampan
Bahagian Pembangunan Mampan dan Perumahan
Jabatan Perancangan Bandar
Perbadanan Putrajaya.

-Perbadanan Putrajaya.

No comments:

Post a Comment

Putrajaya Destinasi Mesti Lawat @ MATTA Fair, MITEC KL ( 3 ~ 5 April 2026 )

  MATTA FAIR 2026 kembali lagi! Jom kunjungi booth “Putrajaya Destinasi Mesti Lawat” di Malaysian International Trade & Exhibition Centr...