Wednesday, May 28, 2025

Santai Mingguan: Singgah Seni @ Dataran Gemilang, Putrajaya ( 31 Mei 2025 )

 

Santai Mingguan: Singgah Seni @ Dataran Gemilang

Tarikh: 31 Mei 2025 (Sabtu)

Masa: 9:00 malam

Lokasi: Dataran Gemilang, Presint 4

Ayuh bersantai malam minggu!!! Pelbagai aktiviti dan program menarik disediakan khas kepada pengunjung Singgah Seni @ Dataran Gemilang. 

Program Menarik Singgah Seni minggu ini

> Persembahan Cak Lempong di Malaysia merupakan salah satu bentuk seni muzik tradisional masyarakat Minangkabau. Ia kini menjadi sebahagian daripada warisan budaya yang penting, khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu di Negeri Sembilan.

> Jom sama-sama sertai Tarian Magunatip di pentas! Tarian Magunatip (Sabah) adalah sejenis tarian tradisi masyarakat beberapa suku kaum Murut. Perkataan Magunatip diambil daripada perkataan "atip" yang bermaksud menekan antara dua permukaan. Penari magunatip memerlukan kemahiran dan ketangkasan yang baik untuk menari melintasi buluh yang dipukul serentak untuk menghasilkan bunyi dan irama tarian tersebut.

> Kemunculan istimewa Anak Tari Komuniti Putrajaya.

> Band Precinctnotes menampilkan penyanyi undangan Fitri dan artis Pasya (Mentor)

Masuk adalah PERCUMA. Jumpa di sana!

-Perbadanan Putrajaya.

No comments:

Post a Comment

Pertandingan Seni Suara Merbuk Dan Terkukur Putrajaya @ Taman Wetland Putrajaya ( 12 Oktober 2025 )

  Kepada pencinta burung di luar sana! Jangan lepaskan peluang untuk mendengar alunan merdu suara burung merbuk dan terkukur serta melihat s...