Friday, May 30, 2025

Jom Ngail Ikan Macam Dulu-dulu @ Kolam Ikan Taman Warisan Pertanian, Putrajaya ( 31 Mei ~ 1 Jun 2025 )

 

Jom Ngail Ikan – Macam Dulu-Dulu!

Nak rasa pengalaman memancing cara lama?

Jom sertai kami di Kolam Ikan Taman Warisan Pertanian sempena Bazar Agro Warisan!

Tarikh: 31 Mei - 1 Jun 2025 (Sabtu & Ahad)

Sesi Pagi: 8.00 pagi - 1.00 petang

Sesi Petang: 2.00 petang - 6.00 petang

Sewaan joran & umpan: RM10 untuk 2 jam!

Lokasi: Kolam Ikan, Taman Warisan Pertanian, Presint 16, Putrajaya

Untuk info lanjut: 014-825 5772 (Nazri)

Mari mengail sambil bernostalgia!

-Perbadanan Putrajaya.

Wednesday, May 28, 2025

Santai Mingguan: Singgah Seni @ Dataran Gemilang, Putrajaya ( 31 Mei 2025 )

 

Santai Mingguan: Singgah Seni @ Dataran Gemilang

Tarikh: 31 Mei 2025 (Sabtu)

Masa: 9:00 malam

Lokasi: Dataran Gemilang, Presint 4

Ayuh bersantai malam minggu!!! Pelbagai aktiviti dan program menarik disediakan khas kepada pengunjung Singgah Seni @ Dataran Gemilang. 

Program Menarik Singgah Seni minggu ini

> Persembahan Cak Lempong di Malaysia merupakan salah satu bentuk seni muzik tradisional masyarakat Minangkabau. Ia kini menjadi sebahagian daripada warisan budaya yang penting, khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu di Negeri Sembilan.

> Jom sama-sama sertai Tarian Magunatip di pentas! Tarian Magunatip (Sabah) adalah sejenis tarian tradisi masyarakat beberapa suku kaum Murut. Perkataan Magunatip diambil daripada perkataan "atip" yang bermaksud menekan antara dua permukaan. Penari magunatip memerlukan kemahiran dan ketangkasan yang baik untuk menari melintasi buluh yang dipukul serentak untuk menghasilkan bunyi dan irama tarian tersebut.

> Kemunculan istimewa Anak Tari Komuniti Putrajaya.

> Band Precinctnotes menampilkan penyanyi undangan Fitri dan artis Pasya (Mentor)

Masuk adalah PERCUMA. Jumpa di sana!

-Perbadanan Putrajaya.

Tuesday, May 27, 2025

Bazar Agro Wawasan @ Taman Warisan Pertanian, Putrajaya ( 31 Mei & 1 Jun 2025 )

 


Bazar Agro Warisan kembali lagi!

Jom luangkan hujung minggu bersama keluarga & rakan-rakan di Taman Warisan Pertanian, Putrajaya!

Tarikh: 31 Mei (Sabtu) & 1 Jun 2025 (Ahad)

Masa: 8 pagi - 6 petang

Ada macam-macam aktiviti menarik:

> Jualan Buah-buahan tempatan & produk IKS dari FAMA

Carboot sales

Persembahan buskers

Aktiviti kampung: tangkap belut, sauk anak ikan

Permainan tradisional: capteh, bowling kelapa, musang berjanggut, getah, batu seremban, congkak

Masuk PERCUMA!

Jangan lupa ajak semua datang, bergambar & enjoy suasana agro kampung di tengah bandar.

-Perbadanan Putrajaya.

Tuesday, May 20, 2025

Mayang Lot Market – Destinasi Hujung Minggu Anda Di Putrajaya!

 


Mayang Lot Market – Destinasi Hujung Minggu Anda Di Putrajaya!

Hari:  Setiap Jumaat & Sabtu

Masa: 3.00 petang – 2.00 pagi

Lokasi: Presint 4, Putrajaya

Sedang mencari tempat makan menarik, barangan rare, dan hiburan santai bersama keluarga?

Mayang Lot Market menawarkan pengalaman bazar moden yang meriah dan selesa, menampilkan:

> Deretan makanan viral & minuman jalanan

> Bundle, aksesori, kraftangan & servis harian

> Live band setiap malam yang memeriahkan suasana

> Tapak berbumbung & tempat duduk selesa

> Parking mudah & mesra OKU & keluarga

> Cabutan bertuah & hadiah Misteri

Kini dengan lebih 60 vendor tempatan – semua mampu beli, semua dialu-alukan!

-Perbadanan Putrajaya.

Wednesday, May 14, 2025

Putrajaya Active Park - Adventure Park Edition ( 25 Mei 2025 )

 

PUTRAJAYA ACTIVE PARK: EDISI ADVENTURE PARK

“We Pound Then We Fly”

“Weekend ni nak buat apa?” Jangan risau, ada plan menarik untuk semua!

Jom join Pound + Flying Fox bersama Min di Taman Wetland Putrajaya!

Tarikh: 25 Mei 2025 (Ahad)

Masa: 7.30 pagi hingga selesai

Lokasi: Taman Wetland Putrajaya

Edisi kali ni memang special sebab boleh nikmati harga istimewa untuk Flying Fox!

Scan QR untuk daftar sekarang!

Dan tunggu kejutan – ada lucky draw untuk peserta bertuah! Siapa tahu, rezeki nanti?

Jangan lupa bawa passport dan… Jumpa anda di sana!

-Perbadanan Putrajaya.

LRC School Holiday Packages

 

LRC SCHOOL HOLIDAY PACKAGE

Cuti sekolah makin hampir. Penuhkan masa lapang anak-anak anda dengan program bermanfaat serta ilmu yang baru

KHAMIS - 29 Mei 2025

Archery Fun Day

JUMAAT -  30 Mei 2025

Basic Camping

SELASA - 3 Jun 2025

Sit On Top Kayak & Stand Up Paddle

RABU - 4 Jun 2025

Wall Climbing

Pakej termasuk -

Breakfast dan lunch

E - Certification

Nota kursus yang mudah faham

Limit umur 7- 17 tahun sahaja!

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi -

wa.me/60132628857

-Pusat Rekreasi Air Putrajaya.

Sunday, May 11, 2025

6 Sebab Souq Putrajaya Wajib Dikunjungi!

 

6 Sebab Souq Putrajaya Wajib Dikunjungi!

Jika datang ke Putrajaya, Souq Putrajaya adalah satu destinasi yang mesti dikunjungi!

Terletak betul-betul di bawah Masjid Putra, Souq Putrajaya punyai pelbagai kedai yang menarik, restoran terkenal, dan pengalaman unik yang mesti anda cuba sendiri.

Lokasi: Souq Putrajaya, Presint 1, Putrajaya

-Chocolate Souq Putrajaya.

Thursday, May 8, 2025

Santai Mingguan: Singgah Seni @ Dataran Putrajaya ( 10 Mei 2025 )

 

SANTAI MINGGUAN: SINGGAH SENI @ DATARAN PUTRAJAYA

Program Singgah Seni kali ini menampilkan :

Persembahan kebudayaan kesenian Randai yang menggabungkan seni muzik, tarian, lakonan, nyanyian dan pencak silat dan kebanyakannya berasaskan lagenda dan cerita rakyat.

Tarian Piring, sejenis tarian tradisional yang membawa sepasang piring di kedua-dua tangan, digerakkan dengan penuh keharmonian dan kepantasan disertai langkah-langkah silat dan hentakan kaki yang kuat mengikut irama muzik dan kadangkala penari akan memecahkan piring di lantai dan menari di atas serpihan kaca tanpa cedera, menunjukkan ketangkasan dan kehebatan spiritual.

Band Precinctnotes menampilkan Fitri Johari dan artis Iman Darwisy (Juara Bintang Kecil RTM 2023) dan Nana Sheme

Jom singgah bersama keluarga ke program Singgah Seni @ Dataran Putrajaya

Tarikh: 10 Mei 2025 (Sabtu)

Masa: 9:00 - 11:00 malam

Lokasi: Dataran Putrajaya, Presint 3, W.P. Putrajaya

Ayuh santai malam minggu!!

-Perbadanan Putrajaya.

Tuesday, May 6, 2025

Car Free Day @ Persiaran Perdana, Putrajaya ( 11 Mei 2025 )

 

Jom kita meriahkan Car Free Day Putrajaya Edisi Mei 2025 pada Ahad ini. Bersama-sama dengan Kementerian Belia dan Sukan, kami bawakan pelbagai aktiviti menarik untuk anda seisi keluarga.

Ayuh sertai kami untuk hari yang penuh dengan gaya hidup aktif pada:

Tarikh: 11 Mei 2025 (Ahad)

Lokasi: Persiaran Perdana, Presint 3, Putrajaya

Aktiviti menarik antaranya:

> Family Fun Walk

> Senamrobik

> Endurabik Challenge

> Pickleball

Pelbagai lagi aktiviti yang menghidupkan hari minggu anda yang juga dibawakan daripada Milo dan Decathlon

Jangan lupa rebut 1000 Voucher Decathlon pada CFD kali ini

Jumpa anda di sana!

-Perbadanan Putrajaya.

Monday, May 5, 2025

People's Market @ Laman Perdana, Putrajaya ( Setiap Sabtu )

 

Jom Serbu People’s Market @ Laman Perdana!

Setiap Sabtu | 8.00 pagi – 1.00 petang | Laman Perdana, Presint 1, Putrajaya

Suasana meriah menanti anda di People’s Market @ Laman Perdana setiap hujung minggu!

Bawa keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati pelbagai aktiviti dan jualan menarik :

> Jualan kraftangan tempatan

> Makanan & minuman menyelerakan

> Pakaian preloved & aksesori trendy

> Buku & permainan untuk si kecil

> Aktiviti mewarna, bengkel kreatif & banyak lagi!

Jangan lepaskan peluang untuk cuci mata di pasar gaya santai yang penuh warna dan mesra keluarga.

Jumpa anda di sana!!!! Laman Perdana, Putrajaya, Setiap Sabtu.

-Perbadanan Putrajaya.

SPM Healing @ Glamping Wetland Putrajaya ( 1 ~ 31 May 2025 )

 

ALHAMDULILLAH DAH DAPAT RESULT SPM DAH!! TAHNIAH BUAT SEMUA LEPASAN SPM 2024!

Haa! untuk celebrate kejayaan korang, JOM! healing-healing dekat GLAMPING! Inilah masa untuk simpan semua buku sekejap kita refresh minda dengan mendekati alam haa gitu!

SPM HEALING PROMO

Tarikh mula booking dari 1 May - 31 May 2025!

RM29.90 per person (*subject to 8% SST)

Minimum 4 person for quad tent

Weekdays ONLY (Sunday, Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday)

Jadii apa tunggu lagi, roger kawan-kawan korang dan jommmmmm kita healing your SPM Stress dekat Glamping Wetland Putrajaya

For booking and reservation

wa.me/60133478857

wa.me/60133478857

-GLOW Putrajaya.

Thursday, May 1, 2025

Gear Up & Unwind Room Package In Conjunction With Malaysia Autoshow 2025 ( 9 ~ 15 May 2025) @ Pulse Grande Hotel Putarajaya

 

In town for Malaysia Autoshow 2025?

Gear Up & Unwind in the heart of Putrajaya with our exclusive room package — where comfort meets convenience.

Stay in our Deluxe Room from just RM255 nett per night, inclusive of:

> A restful night’s stay

> Complimentary buffet breakfast at Palm Hill Café

Valid from 9 – 15 May 2025 only.

Let us be your retreat after the revs and roars.

-Pulse Grande Hotel Putrajaya.

Pertandingan Seni Suara Merbuk Dan Terkukur Putrajaya @ Taman Wetland Putrajaya ( 12 Oktober 2025 )

  Kepada pencinta burung di luar sana! Jangan lepaskan peluang untuk mendengar alunan merdu suara burung merbuk dan terkukur serta melihat s...