Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Tuan Nga Kor Ming semasa perasmian Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di Dewan Kristal, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Bertemakan
“Prihatan dan Kebersamaan #Demi Pertiwi” sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia
diraikan bertujuan mencapai keseimbangan pembangunan fizikal, sosial dan alam
sekitar.
Kajian
Indeks Kebahagiaan telah diperkenalkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Semenanjung Malaysia (JPBD) pada tahun 2010 semasa Kajian Pembentukan Penunjuk
Spatial Pembangunan Mampan Malaysia (MSDDI). Pada tahun 2012, kajian ini telah
dijadikan sebagai salah satu penunjuk baharu Program Jaringan Penunjuk
Pembangunan Bandar Luar Bandar Mampan Malaysia (MURNInets) di bawah dimensi
Komuniti Sejahtera. Pengukuran Indeks Kebahagiaan mula dilaksanakan pada tahun
2013 (secara manual).
Sambutan
Hari Kebahagiaan Sedunia (International Day of Happiness) Peringkat Kebangsaaan
dan pengukuran Indeks Kebahagiaan MURNInets bagi bandar-bandar di Malaysia ini
adalah selaras dengan agenda global iaitu Sustainable Development Goals (SDGs),
khususnya SDG 11 (Sustainable Cities and Communities) ke arah mencapai
pembangunan bandar yang bahagia, sejahtera, mampan dan selamat selaras dengan
agenda Malaysia MADANI.
No comments:
Post a Comment