SERAMAI 100,000
pengunjung disasarkan sepanjang empat hari penganjuran Karnival Wilayah
Persekutuan dan Hari Terbuka Putrajaya (POD) 2025.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr
Zaliha Mustafa berkata, karnival ini adalah manifestasi
komitmen pihaknya dalam membawa perkhidmatan Kerajaan terus kepada rakyat.
“Penganjuran POD pada dua tahun
terakhir telah berjaya menjana return on investment atau pulangan ekonomi yang
memberangsangkan dengan kutipan keseluruhan sehingga RM15 juta.
“Objektif utama acara ini adalah
untuk memudahkan orang ramai mendapatkan pelbagai perkhidmatan kerajaan dan
swasta dengan lebih mudah dan efisien tanpa perlu berkunjung ke pelbagai agensi
atau pejabat kerajaan secara berasingan,” katanya dalam ucapan ketika
merasmikan Karnival Wilayah Persekutuan dan Hari Terbuka Putrajaya 2025 di
Dewan Seri Siantan, Putrajaya hari ini.
Zaliha berkata, karnival yang merupakan sebahagian daripada Sambutan Hari
Wilayah Persekutuan ke-51 ini, melibatkan seramai 450 vendor dan pempamer.
“Ia terdiri daripada kementerian,
jabatan/agensi, swasta, syarikat telekomunikasi, pameran kerjaya, produk
pelancongan Putrajaya dan Tourism Negeri, perbankan, TVET, GLC, agro dan produk
hiliran, gerai jualan makanan serta minuman.
“Tapak acara telah dibahagikan
kepada 12 zon dengan pengisian yang padat dan pelbagai serta sesuai untuk semua
peringkat umur,” katanya.
Zaliha berkata, penganjuran
POD2025 pada kali ini bukan hanya dilaksanakan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj)
dengan sokongan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), tetapi turut dijayakan
dengan kerjasama ramai rakan strategik termasuk kementerian, agensi kerajaan,
syarikat swasta, perbankan, telco, serta industri lain seperti syarikat
hartanah dan pelancongan.
“Kerjasama ini amat penting bagi memastikan kejayaan POD2025, di mana ia
melibatkan penyampaian perkhidmatan yang lebih menyeluruh di bawah satu
bumbung,” katanya.
No comments:
Post a Comment