Tuesday, February 25, 2025

Ramadan Iftar Set & Semi-Buffet @ Ekues Cabin Cafe, Taman Ekuestrian Putrajaya ( 2 ~ 28 March 2025 )



IFTAR SPECIAL We are offering Iftar Set with a Semi-Buffet experience! Choose your main course (Rice or Pasta) and enjoy a complimentary Grilled Platter for every 4 or 8 people. Plus, access our appetizer, dessert and drinks buffet.

FREE horse feeding when you book our iftar set of 4 or 8. Session available daily except Mondays. Starting 6:00PM-6:30PM.

Facilities provided:

> large parking nearby

> toilets at TEP/stable building

> temporary surau available

Date: 2 March - 28 March

Time: Ramadan operation hour: 12PM-9PM

Location: Ekues Cabin Cafe, Taman Ekuestrian Putrajaya

WhatsApp us to book or for more inquiries

-Ekues Cabin Cafe.

Wednesday, February 19, 2025

Bazar Agro Warisan @ Taman Warisan Pertanian, Putrajaya ( 22 & 23 Februari 2025 )

 


Jom meriahkan Bazar Agro Warisan di Taman Warisan Pertanian, Putrajaya!

Nikmati pelbagai pilihan buah-buahan segar, sayur-sayuran dan makanan tempatan yang enak.

Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung hujung minggu ini —banyak aktiviti menarik menanti!

Tarikh: 22 & 23 Februari 2025 (Sabtu & Ahad)

Masa: 8:00 pagi – 3:00 petang

Lokasi: Taman Warisan Pertanian, Presint 16, W.P. Putrajaya

Jom bawa keluarga dan rakan-rakan ke sana!

-Perbadanan Putrajaya.

Monday, February 17, 2025

Putrajaya Mini Bird Race 2025 @ Taman Botani Putrajaya ( 22 Februari 2025 )

 



Putrajaya Mini Bird Race 2025 – Siap Sedia untuk Cabaran!

Pencinta burung, inilah masanya untuk menguji kepakaran anda! Putrajaya Mini Bird Race 2025 kembali bersempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025!

Hadiah wang tunai RM600 menanti pemenang yang berjaya mengesan dan merekodkan burung terbanyak! Adakah anda bersedia untuk cabaran ini?

Tarikh: 22 Februari 2025

Masa: 7:30 pagi – 6:00 petang

Lokasi: Taman Botani Putrajaya (Pendaftaran di Pusat Interpretasi Pelawat VIC)

Terbuka kepada semua, tetapi tempat adalah TERHAD!

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai pengalaman unik ini. Jom ajak kawan-kawan dan keluarga—lagi ramai, lagi meriah! Daftar sekarang dan bersiaplah untuk pengembaraan penuh keseronokan!

Daftar disini https://docs.google.com/.../1od.../viewform...


-Perbadanan Putrajaya.

Tuesday, February 11, 2025

Putrajaya Challenge Park ADRENALINE FEST 2025 @Taman Cabaran Putrajaya ( 15 ~ 16 Februari 2025 )


 






Pada 15 & Februari 2025 akan diadakan PCP Adrenaline Fest 2025 di Kompleks Sukan Lasak, Taman Cabaran, Presint 5 Putrajaya

Di festival ini akan diadakan acara pertandingan Push Bike, Skateboarding, BMX, MTB dan Wall Climbing.

Selain itu akan diadakan juga booth dan jualan barangan peralatan sukan lasak sepanjang 2 hari tersebut.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi En Bazly di talian 03-88877335 atau email - mohd.bazly@ppj.gov.my

-Perbadanan Putrajaya.

Thursday, February 6, 2025

Tourism Malaysia Booth @ Tourism Fair @ Putrajaya Open Day 2025 (POD 2025)

 

photo: Perbadanan Putrajaya



TOURISM MALAYSIA BOOTH @ TOURISM FAIR @ PUTRAJAYA OPEN DAY 2025 (POD 2025)

Tarikh: 6 – 9 Februari 2025

Tempat: Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, W.P. Putrajaya

Tourism Malaysia melalui Bahagian Domestik & Acara menyertai acara ini dengan membawa pempamer-pempamer berikut:-

- Strawberry Park Resort

- Superpark Malaysia

- Tasik Villa International Resort PD

- Tingkat Valley Ipoh

- Wet World Shah Alam

- Kirana (Kraftangan)

Untuk maklumat tawaran pelancongan atau acara-acara lain sempena POD 2025, sila layarai facebook atau ig Perbadanan Putrajaya.

-Tourism Malaysia.


Putrajaya Open Day 2025 sasar 100,000 pengunjung

 


SERAMAI 100,000 pengunjung disasarkan sepanjang empat hari penganjuran Karnival Wilayah Persekutuan dan Hari Terbuka Putrajaya (POD) 2025.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, karnival ini adalah manifestasi komitmen pihaknya dalam membawa perkhidmatan Kerajaan terus kepada rakyat.


“Penganjuran POD pada dua tahun terakhir telah berjaya menjana return on investment atau pulangan ekonomi yang memberangsangkan dengan kutipan keseluruhan sehingga RM15 juta.


“Objektif utama acara ini adalah untuk memudahkan orang ramai mendapatkan pelbagai perkhidmatan kerajaan dan swasta dengan lebih mudah dan efisien tanpa perlu berkunjung ke pelbagai agensi atau pejabat kerajaan secara berasingan,” katanya dalam ucapan ketika merasmikan Karnival Wilayah Persekutuan dan Hari Terbuka Putrajaya 2025 di Dewan Seri Siantan, Putrajaya hari ini.


Zaliha berkata, karnival yang merupakan sebahagian daripada Sambutan Hari Wilayah Persekutuan ke-51 ini, melibatkan seramai 450 vendor dan pempamer.


“Ia terdiri daripada kementerian, jabatan/agensi, swasta, syarikat telekomunikasi, pameran kerjaya, produk pelancongan Putrajaya dan Tourism Negeri, perbankan, TVET, GLC, agro dan produk hiliran, gerai jualan makanan serta minuman.


“Tapak acara telah dibahagikan kepada 12 zon dengan pengisian yang padat dan pelbagai serta sesuai untuk semua peringkat umur,” katanya.


Zaliha berkata, penganjuran POD2025 pada kali ini bukan hanya dilaksanakan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan sokongan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), tetapi turut dijayakan dengan kerjasama ramai rakan strategik termasuk kementerian, agensi kerajaan, syarikat swasta, perbankan, telco, serta industri lain seperti syarikat hartanah dan pelancongan.


“Kerjasama ini amat penting bagi memastikan kejayaan POD2025, di mana ia melibatkan penyampaian perkhidmatan yang lebih menyeluruh di bawah satu bumbung,” katanya.

-WilayahKu.

Tuesday, February 4, 2025

Hari Terbuka Putrajaya 2025 - 1 Hari Lagi

 


1 Hari Lagi menuju Hari Terbuka Putrajaya 2025

Tarikh : 6 - 9 Februari 2025 (Khamis – Ahad)

Masa : 10.00 pagi - 10.00 malam

Tempat : Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya

Jumpa anda di sana!

“POD2025 : Satu Destinasi Pelbagai Solusi"

-Perbadanan Putrajaya.

Monday, February 3, 2025

Hari Terbuka Putrajaya 2025 - Peta Lokasi & Jadual Aktiviti

 


-Perbadanan Putrajaya.

Langkah Sihat Putrajaya @ Gerbang Kompleks Perbadanan Putrajaya ( 9 Februari 2025 )

 


Sempena Hari Terbuka Putrajaya 2025 / Putrajaya Open Day 2025 (POD 2025) akan diadakan Langkah Sihat Putrajaya pada 9 Februari 2024 (Ahad) jam 7.15am di Gerbang Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, W.P. Putrajaya.

Disediakan juga cabutan bertuah untuk para peserta yang menyertai Langkah Sihat Putrajaya pada kali ini.

Jom daftar awal di logo QR yang tertera di poster.

-Perbadanan Putrajaya.

Sunday, February 2, 2025

Hari Terbuka Putrajaya 2025 - 3 Hari Lagi...

 


3 Hari Lagi menuju ke Hari Terbuka Putrajaya 2025

Tarikh : 6 - 9 Februari 2025 (Khamis – Ahad)

Masa : 10.00 pagi - 10.00 malam

Tempat : Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya

Jom sertai kami untuk pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk seisi keluarga:

Zon 1 - Tourism Fair, Karnival Kerjaya, Bayaran Saman PDRM & Perbankan

Zon 2 - Pameran & Jualan TVET, e-Sukan & Si Bulus

Zon 3 - Agro & Produk Hiliran

Zon 4 - Mini Zoo

Zon 5 - Pengisian Pentas Utama

Zon 6 - Karnival Wilayah Persekutuan & Jualan Jom Balik Sekolah

Zon 7 - Pameran Kementerian

Zon 8 - Jelajah Makan Putrajaya

Zon 9 - Outdoor Village

Zon 10 - Taman Tema

Zon 11 - Lorong Seni

Zon 12 - Dapur Berasap

…dan banyak lagi aktiviti seronok yang menanti anda!

Jumpa anda di sana!

-Perbadanan Putrajaya.

Mayapada Kopi Sempena Hari Terbuka Putrajaya 2025 - Zon 8 ( 6 ~ 9 Februari 2025 )

 


MAYAPADA KOPI SEMPENA HARI TERBUKA PUTRAJAYA (POD 2025) - ZON 8

Min share sikit di Mayapada Kopi, terdapat 16 vendor barista kopi untuk anda.

Jangan risau kalau tak minum kopi, ada juga air refreshing lain yang disediakan…

Jom rebut promosi yang ada! Boleh cuba pekena kopi 4 vendor satu hari, cukup 16 vendor kalau datang keempat-empat hari!

Tarikh : 6 - 9 Februari 2025 (Khamis – Ahad)

Masa Operasi Zon 8 : 9.00 pagi - 11.00 malam (kecuali Ahad sehingga 5petang sahaja)

Tempat : Boulevard, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya

-Perbadanan Putrajaya.

Saturday, February 1, 2025

Putrajaya's Biggest Tourism Fair @ Putrajaya Open Day 2025 ( 6 ~ 9 February 2025 )


PUTRAJAYA’S BIGGEST TOURISM FAIR (ZON 1)

Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman pelancongan terbaik di Hari Terbuka Putrajaya (POD 2025)!

Jom serbu Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya pada 6-9 Februari, di mana anda boleh menerokai lebih 15 produk pelancongan Putrajaya, 8 reruai dari Tourism Malaysia, 8 reruai dari Tourism Negeri dan pelbagai tawaran menarik dari 10 travel agent serta 1 syarikat penerbangan.

Semuanya dalam satu tempat! Dapatkan inspirasi percutian anda dan manfaatkan promosi hebat yang ada.

Tarikh : 6 - 9 Februari 2025 (Khamis – Ahad)
Masa Operasi Zon 1 : 9.00 pagi - 6.00 malam (kecuali Ahad sehingga 5petang sahaja)
Tempat : Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya

-Perbadanan Putrajaya.

Pertandingan Seni Suara Merbuk Dan Terkukur Putrajaya @ Taman Wetland Putrajaya ( 12 Oktober 2025 )

  Kepada pencinta burung di luar sana! Jangan lepaskan peluang untuk mendengar alunan merdu suara burung merbuk dan terkukur serta melihat s...