Thursday, January 8, 2026

Car Free Day Putrajaya – Edisi Januari 2026 @ Dataran Putrajaya, Presint 3, WP Putrajaya ( 11 Januari 2026 )

 

Car Free Day Putrajaya kembali lagi untuk tahun 2026!

Ayuh kita mulakan tahun baharu dengan gaya hidup sihat dan aktif sambil beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan.

Tarikh: 11 Januari 2026 (Ahad)

Masa: 7.00 pagi – 9.30 pagi

Tempat: Dataran Putrajaya, Presint 3

Edisi pembukaan tahun 2026 ini akan menjadi lebih meriah dengan kerjasama Godzilla Run X Kelab Pelari Malaysia.

Jom sama-sama kekalkan gaya hidup sihat dan aktif hujung minggu ini!

-Perbadanan Putrajaya.

Wednesday, January 7, 2026

Pertandingan Seni Suara Merbuk & Terkukur Putrajaya @ Padang Semarak, Taman Wetland Putrajaya ( 11 Januari 2026 )

 

Pertandingan Seni Suara Merbuk & Terkukur Putrajaya

Kepada para pencinta burung, jangan lepaskan peluang untuk menikmati alunan merdu suara burung merbuk dan terkukur, serta menyaksikan sendiri keunikan pertandingan ini!

Tarikh: 11 Januari 2026 (Ahad)

Masa: 8.30 Pagi

Lokasi: Padang Semarak, Taman Wetland Putrajaya

Jom hadir beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan untuk memeriahkan Pertandingan Seni Suara Merbuk & Terkukur Putrajaya

-Perbadanan Putrajaya.

Tuesday, January 6, 2026

Hari Terbuka Putrajaya 2026 @ Dataran Putrajaya ( 29 Januari ~ 1 Februari 2026 )

 

Hari Terbuka Putrajaya 2026

Anda semua dijemput hadir beramai - ramai ke Hari Terbuka Putrajaya 2026 pada

Tarikh: 29 Januari - 1 Februari 2026

Masa: 10.00 pagi - 10.00 malam (Ahad hingga 5.00 petang)

Lokasi: Dataran Putrajaya, Presint 3

Pelbagai pengisian dan aktiviti menarik menanti anda.

Antaranya ialah

> Pameran & Perkhidmatan (Agensi & Swasta)

> Pameran & Jualan Pemaju Perumahan

> Ready For University

> The Biggest Tourism Fair Putrajaya

> Jualan Rahmah

> Dapur Berasap

> E Sukan

> Jualan Bunga Raya

> Dunia Hobi

> Outdoor Village

> Zoo & Pameran Perhilitan

> Fantastic Food Fest

> Mayapada Kopi

> Langkah Ceria & Kayuhan Basikal Klasik

> Wilayah Persekutuan Berselawat

> Jualan Produk Sukan

> Dan Banyak lagi

Tandakan Kalendar anda

Jumpa anda disana

-Perbadanan Putrajaya.

Thursday, January 1, 2026

Pusat Rekreasi Air Putrajaya - Harga Pas & Pakej Untuk 2026

 

Tahun baru, ini harga secara details untuk tahun 2026.

Alhamdulilah, harga masih sama, aktiviti makin bertambah

Jemput datang ramai-ramai semua

Aktiviti di LRC Putrajaya

-Pusat Rekreasi Air Putrajaya.

Putrajaya Destinasi Mesti Lawat @ MATTA Fair, MITEC KL ( 3 ~ 5 April 2026 )

  MATTA FAIR 2026 kembali lagi! Jom kunjungi booth “Putrajaya Destinasi Mesti Lawat” di Malaysian International Trade & Exhibition Centr...